- PROGRAM KESETIAAN DARE & LOVE
-
Apakah program Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love?
Program
Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love adalah program kesetiaan di mana ahli dapat menikmati ganjaran istimewa, menjadi yang pertama untuk tahu mengenai pelancaran terbaru dan kemas kini, mendapat jemputan eksklusif untuk menghadiri acara dan sebagainya.
-
Bagaimana cara untuk sertai program Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love?
Hanya berbelanja sebanyak RM300 dalam satu resit di YSL Beauté Boutiques atau e-boutique kami (
www.yslbeauty.com.my) untuk sertainya.
-
Apakah kelebihan menyertai program Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love?
Ahli-ahli
Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love boleh menikmati ganjaran istimewa, menjadi yang pertama untuk tahu mengenai pelancaran terbaru dan kemas kini, mendapat jemputan eksklusif untuk menghadiri acara dan sebagainya.
-
Bilakah saya boleh menebus mata ganjaran Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love?
Apabila anda berjaya mengumpul mata ganjaran yang mencukupi untuk menebus ganjaran kami (1000 mata, 1500 mata atau 2000 mata).
-
Bagaimana cara untuk menebus mata ganjaran Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love?
Anda boleh menebus mata ganjaran Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love di mana-mana YSL Beauty Boutiques. Sebaik sahaja anda menghantar permintaan untuk penebusan mata, ia tidak boleh diubah dan mata yang dipotong tidak akan dikembalikan.
-
Bagaimana cara untuk kemaskini maklumat akaun Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love saya?
Anda boleh kemaskini profil di
sini
-
Jika saya memulangkan produk, bagaimana ia memberi kesan kepada baki mata ganjaran saya?
Jika anda memulangkan produk, mata ganjaran Dare & Love anda akan ditolak sewajarnya.
-
Bolehkah saya gabungkan mata ganjaran dengan kawan-kawan?
Tidak mata ganjaran Dare & Love tidak boleh digabungkan di antara dua ahli Dare & Love.
-
Adakah mata ganjaran Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love saya ada tamat tempoh?
Ya, mata ganjaran Yves Saint Laurent Beauté Dare & Love sah selama 1 tahun bermula dari tarikh kamu menerima mata ganjaran pertama.
-
Di mana saya boleh membeli produk Yves Saint Laurent Beauté?
Anda boleh membeli produk Yves Saint Laurent Beauté di butik kami di:
(a) Pavilion KL - Lot 3.63.00, Level 3, 03-2143 8111
(b) 1 Utama Shopping Centre - Lot G-329, New Wing, 03-7728 3199
(c) Mid Valley Megamall - Lot G-094, Ground Floor, 03-2282 8121
(d) Sunway Pyramid - G1.02, Ground Floor, 03-5622 1212
- PESANAN/PEMBELIAN
-
Bolehkah saya tukar atau batalkan pesanan saya selepas ia disahkan dan dibayar?
Sebarang pesanan tidak boleh ditukar atau dibatalkan kerana pesanan yang diterima terus diproses serta-merta selepas bayaran disahkan.
-
Bagaimana jika produk yang saya mahu tiada stok?
Produk kehabisan stok tidak boleh dipesan buat masa ini. Kami memohon maaf di atas kesulitan ini. Jika anda sudah membuat pesanan di atas talian dan produk tersebut kehabisan stok, anda akan dihubungi oleh wakil daripada khidmat pelanggan kami dan wang anda akan dikembalikan melalui kad kredit atau akaun bank anda.
-
Di mana nombor pengesahan pesanan saya?
Pesanan akan disahkan setelah pembayaran lengkap. Setelah pesanan anda berjaya, nombor pengesahan pesanan boleh disemak melalui e-mel pengesahan atau sejarah pesanan.
-
Bagaimana cara untuk jejak pesanan saya?
Bila membuat pesanan, anda akan menerima pengesahan penghantaran melalui e-mel. Anda boleh lihat nombor pesanan di dalam e-mel tersebut atau melalui sejarah pesanan anda.
-
Apa perlu saya buat jika tidak menerima salah satu barangan yang dipesan?
Kemungkin salah satu barang yang anda pesan kehabisan stok semasa kami hantar bungkusan anda. Jika sesuatu barangan tidak dihantar, wang anda akan dikembalikan. Jika ada sebarang soalan atau kemusykilan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di
YSL Beauty Customer Service. Nyatakan nombor pesanan anda dan barangan yang tidak diterima.
-
Apa perlu saya buat jika barang yang diterima rosak?
Sila hubungi kami secepat mungkin di
YSL Beauty Customer Service berserta nombor pesanan, butiran lanjut dan gambar barangan yang rosak. Jangan buang kerana barangan tersebut akan diambil semula oleh pihak kurier kami.
-
Adakah jumlah pesanan dihadkan?
Untuk memastikan kami menjual produk kepada pengguna sebenar Yves Saint Laurent Beauté (dan bukan kepada peniaga), kami meletakkan had ke atas bilangan pesanan yang anda boleh buat dalam masa 30 hari.
Dalam sebulan, anda boleh membeli:
(a) Maksimum 10 gincu dalam sebulan*; dan
*tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak pengurusan.
- PENGHANTARAN & PEMULANGAN
-
Bagaimana cara untuk membuat pemulangan produk?
Atas apa jua alasan, jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, anda boleh membuat pemulangan produk dalam kondisi asal berserta resit asal dalam masa 14 hari daripada tarikh penghantaran dan wang anda akan dikembalikan. Untuk memudahkan proses pemulangan produk dan bayaran balik, anda mesti maklumkan Khidmat Pelanggan kami di
YSL Beauty Customer Service dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh penghantaran berserta bukti (gambar kondisi barangan tersebut) dan nombor pesanan.
Anda boleh memulangkan produk tersebut melalui dua cara:
- PEMULANGAN & PENUKARAN
-
Bolehkah saya tukar produk yang dibeli?
Produk yang dibeli melalui yslbeauty.com.my boleh ditukar di Yves Saint Laurent Beauté Boutiques dalam masa 14 hari dari tarikh penghantaran dengan syarat terdapat resit asal dan produk masih dalam kondisi asal untuk pihak kami memulakan proses penukaran. Bukti pembelian diperlukan. Pertukaran produk hanya boleh dilakukan di butik-butik kecantikan Yves Saint Laurent. Produk yang ditukar mestilah mempunyai nilai yang sama. Yves Saint Laurent Beauté berhak memberi kata putus jika produk yang ingin ditukar berada dalam keadaan tidak memuaskan, atau syarat-syarat di atas tidak dipenuhi.
- LAIN-LAIN
-
Adakah produk-produk ini diuji ke atas haiwan?
-
Bolehkah saya tahu lebih lanjut tentang ukiran yang ditawarkan di yslbeauty.com.my
Terima kasih kerana berminat dengan Yves Saint Laurent Beauté. Ukiran percuma kami berbeza mengikut produk. Sila lihat setiap halaman produk individu untuk maklumat lanjut.