TERMA & SYARAT PEMBELIAN DALAM TALIAN

PENGHANTARAN & KADAR

  1. Semua pesanan yang diterima tertakluk kepada pengesahan dan pelepasan pembayaran daripada bank sebelum diproses. Hanya pesanan yang disahkan akan diproses.

  2. Pesanan akan diproses untuk penghantaran pada hari bekerja sahaja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum). Kami akan menggunakan sama ada DHL eCommerce, Poslaju atau GDex sebagai kurier penghantaran standard kami. Penghantaran biasanya mengambil masa antara 3 hingga 7 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan 4 hingga 9 hari bekerja untuk Sabah & Sarawak.

  3. 3. Caj penghantaran standard kami untuk setiap pesanan adalah seperti berikut:

    • Untuk Semenanjung Malaysia, caj penghantaran adalah RM12.00.
    • Untuk Sabah & Sarawak, caj penghantaran adalah RM20.00.
    • Pesanan berjumlah RM260.00 ke atas layak menerima penghantaran percuma di dalam Malaysia.
  4. 4. Pesanan dihantar antara pukul 9.00 pagi - 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 9.00 pagi - 1.00 tengah hari pada hari Sabtu.

  5. Kami hanya membuat penghantaran kepada alamat di Malaysia. Kami tidak membuat penghantaran ke alamat P.O. Box atau antarabangsa.

  6. Kami faham mendapat barangan yang dibeli dengan cepat adalah penting bagi anda, jadi kami berusaha keras untuk memproses dan menghantar pesanan secepat mungkin. Untuk pastikan penghantaran berjalan lancar, pastikan alamat, no telefon dan alamat e-mel yang diberikan adalah tepat. Kegagalan berbuat demikian mungkin akan menyebabkan pihak kurier tidak dapat menghantar dengan cepat dan tepat.

BUKTI PENGHANTARAN

  1. Perkhidmatan kurier kami mungkin akan meminta tandatangan daripada pembeli. Dalam keadaan di mana perkhidmatan kurier kami gagal menghantar kepada pembeli, barangan tersebut mungkin akan diserahkan kepada penerima di alamat yang sama, dan tandatangan si penerima akan diambil sebagai bukti penghantaran.

PESANAN

  1. Pesanan yang dibuat dan diterima pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum) akan diproses pada hari yang sama mengikut urutan yang diterima. Pesanan yang dibuat selepas pukul 12.00 tengah malam akan dikira sebagai pembelian hari berikutnya untuk tujuan kurier. Pesanan yang dibuat dan diterima pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) akan diproses pada hari bekerja berikutnya (Isnin).

  2. YSL Beauty Malaysia akan menghantar e-mel pengesahan selepas bayaran anda disahkan oleh pihak bank dan setelah kami menerima pesanan anda. E-mel pengesahan akan mengandungi butiran pesanan anda termasuk maklumat asas, huraian produk dan alamat penghantaran. Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan pesanan dalam masa tiga (3) hari bekerja, sila semak ringkasan pesanan dalam "Akaun Saya" atau fail junk e-mel anda. Anda juga boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected]. Perkhidmatan Pelanggan kami aktif di antara pukul 9.00 pagi - 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat, kecuali Cuti Umum.

  3. Promosi dalam talian hanya boleh digunakan untuk pembelian dalam talian. Promosi dan hadiah mungkin berbeza daripada promosi yang dirawarkan di kedai.

  4. Anda hanya boleh membeli produk kami dan membuat transaksi di laman web kami jika anda berusia 18 tahun ke atas pada tarikh transaksi.

  5. Perkhidmatan ukiran percuma boleh didapati untuk produk terpilih sahaja.

  6. Sebarang perubahan, bayaran balik atau penukaran tidak akan dibenarkan setelah anda menghantar permintaan membuat ukiran.

  7. Untuk semua pesanan dengan perkhidmatan ukiran, pesanan yang dibuat dan diterima pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum) akan diproses dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh pesanan diterima. Pesanan yang dibuat selepas 12.00 tengah malam akan dikira sebagai pembelian hari berikutnya, dan akan diproses untuk penghantaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh pesanan diterima. Pesanan yang dibuat dan diterima pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) akan diproses dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh pesanan diterima.

LAPOR MASALAH PESANAN

  1. Sekiranya barangan yang anda pesan rosak ketika diterima, sila laporkan kepada [email protected] dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penghantaran berserta bukti dan nombor pesanan. Sebarang bayaran balik tertakluk kepada budi bicara pihak kami.

  2. Sekiranya sebarang produk hilang atau berbeza daripada pesanan anda, sila laporkan kepada Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected] dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penghantaran dan kami akan melayani laporan anda .

  3. Kami lakukan segala yang termampu untuk pastikan pesanan anda dihantar tepat pada masanya, namun kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan oleh mana-mana pihak akibat kelewatan yang disebabkan oleh kurier kami atau sebarang kejadian di luar kawalan kami termasuk kelewatan yang disebabkan oleh kesilapan alamat yang diberikan kepada kami.

BARANGAN KEHABISAN STOK

  1. Kami berusaha untuk menghantar pesanan anda dalam waktu yang ditetapkan. Namun sekiranya barang yang dipesan kehabisan stok, kami mungkin perlu dapatkannya dari lokasi stok lain. Kami akan maklumkan anda dalam masa 2-3 hari bekerja dan kami berharap anda memahami kelewatan penghantaran disebabkan ketiadaan stok. Kami tidak menerima pesanan semula.

  2. Sekiranya stok kehabisan di semua lokasi, bayaran balik penuh akan dibuat kepada anda melalui kad kredit atau akaun bank anda dalam tempoh 30 hari seterusnya.

  3. 3. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai barangan yang tidak terdapat di dalam talian, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected].

POLISI PEMULANGAN

  1. Jika atas sebab apa sekalipun, anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, anda boleh memulangkan produk tersebut dalam kondisi asal berserta resit asal dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penghantaran dan dapatkan bayaran balik.

  2. Untuk memulakan proses pemulangan dan bayaran balik, anda mesti memaklumkan kepada kami di [email protected] dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penghantaran berserta bukti (gambar barangan dan kondisinya) dan nombor pesanan.

  3. 3. Anda boleh memulangkan produk melalui dua (2) cara:

    • Pungutan semula oleh syarikat penghantaran:
      Khidmat Pelanggan akan membuat temu janji dengan anda untuk mengambil semula produk. Syarikat penghantaran yang dilantik akan mengambil produk tersebut daripada anda pada masa yang telah ditetapkan.

    • Penghantaran oleh pihak anda:
      Anda boleh memulangkan produk tersebut melalui PosLaju, GDex atau DHL kepada alamat berikut:

      ClickAsia Sdn Bhd (bagi pihak YSL Beauty Malaysia) 
      A-10-06, Level 10, Office Tower, Tropicana Avenue, 47410 Petaling Jaya, Selangor, TEL: 03-7890 1118.

      Anda perlu menanggung kos penghantaran dan kami akan memulangkan wang maksimum RM10.00 kos penghantaran tersebut ke dalam bank akaun anda, dengan syarat resit penghantaran asal dihantar melalui e-mel kepada Khidmat Pelanggan. Proses ini akan mengambil masa 14 hari bekerja.

  4. Setelah menerima produk dalam kondisi asal dan resit asal, jika anda layak menerima bayaran balik, kami akan memproses bayaran dengan jumlah sepatutnya kepada anda melalui kad kredit atau akaun bank anda dalam tempoh 30 hari bekerja.

  5. Hanya produk yang dibeli di yslbeauty.com.my ("YSL Beauty Malaysia Online") boleh dikembalikan untuk bayaran balik. Produk yang dibeli di YSL Beauty Malaysia Online tidak diterima untuk bayaran balik di butik YSL Beauty Malaysia atau butik Sephora atau kaunter kecantikan.

  6. Sekiranya anda membeli produk YSL Beauty Malaysia daripada peruncit, laman web atau sumber yang tidak sah, kami tidak dapat menawarkan bayaran balik atau membantu jika anda berdepan dengan sebarang masalah.

  7. YSL Beauty Malaysia berhak membuat keputusan muktamad sekiranya produk yang dipulangkan dalam keadaan tidak memuaskan, atau syarat-syarat di atas tidak dipenuhi.

  8. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai polisi pemulangan kami, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected] dan kami akan membantu anda.

POLISI PENUKARAN

  1. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, anda boleh membuat pertukaran dalam masa 14 hari dari tarikh anda menerima produk tersebut dengan syarat anda menyertakan resit asal. Penukaran produk hanya boleh dilakukan di butik YSL Beauty Malaysia. Produk yang ditukar mestilah mempunyai nilai yang sama.

  2. Jika anda membeli produk YSL Beauty Malaysia daripada peruncit, laman web atau sumber yang tidak sah, kami tidak dapat menawarkan pertukaran produk atau membantu sekiranya anda berdepan dengan sebarang masalah.

  3. YSL Beauty Malaysia berhak keputusan muktamad jika produk yang ingin ditukar berada dalam keadaan tidak memuaskan, atau syarat-syarat di atas tidak dipenuhi.

  4. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai polisi penukaran kami, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di [email protected] dan kami akan membantu anda.

HARGA

  1. Harga produk yang disenaraikan di laman web YSL Beauty Malaysia tertakluk kepada perubahan tanpa notis lanjut.

PEMBATALAN PESANAN

  1. Pesanan yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan. Pastikan anda menyemak dan mengesahkan kesemua butiran dan maklumat sebelum membuat pembayaran.

Customer Service
For any questions, please contact us

CONTACT US
SORRY THIS PRODUCT IS
OUT OF STOCK
or

Check the availability of your product in store.

THANK YOU

You will be notified when this product is available.

ok
Oops!

We're so sorry, the item(s) you selected falls under the "Dangerous Goods" category and cannot be shipped to East Malaysia. Please consider another product(s).

ok